Wednesday 11 January 2012

Baby and chicken pox

Demam Campak / Chicken Pox
Jumaat; 23 Dec 2011.

Pada mulanya kami menyangka Alviena Damia di gigit nyamuk, tapi pada pagi Sabtu semasa menukar lampin, bintik-bintik merah semakin banyak, aku dah mula mensyaki 'Chicken Pox' tapi adakah ia mustahil bagi bayi yang berusia 3 bulan? Masih kecil, kesian anak mama. Petang tu juga aku bergegas ke SALAM, Sek 19, nasib baik adik ipar aku ada di rumah. Doktor Norasmah memberi jaminan Damia masih ok sebab dia tidak mengalami demam, tapi aku di minta untuk mengawasi suhu badan, sekiranya suhu badannya meningkat, kenala segera ke SALAM semula, pada usia sebegini, doktor hanya mampu memberi ubat sapu Calamine bagi melegakan kegatalan dan juga ubat demam. Merengek je Damia, agaknya dia gatal tapi tidak tahu bagaimana nak beritahu. Sudahla semasa aku ngandungkan abangnya Arif Danial, aku terkena chicken pox, nasib baik kandungan aku berusia 7 bulan, jadi tidak memudaratkan. Masih teringat kalau sudah berpeluh gatalnya Allah je la yang tahu, sampai sekarang aku masih mempunyai parut chicken pox, biasala badan sudah besar, nak meniarap mana la boleh dengan perut yang memboyot. Link di bawah memberi sedikit pengetahuan tentang chicken pox pada kanak-kanak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...